KUALA LUMPUR: Malaysia Corruption Watch (MCW) berkata, menjadi tanggungjawab mana-mana individu yang ditawarkan rasuah untuk segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada masa sama, menurut badan bukan kerajaan memerangi rasuah itu, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran atau maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan individu berkenaan.
Presiden MCW Jais Abdul Karim berkata dalam satu kenyataan hari ini, tanggungjawab untuk segera membuat laporan adalah berlandaskan undang-undang di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.
"Apabila (Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk) Wan Saiful (Wan Jan) menyebut di Dewan Rakyat mengenai dakwaan rasuah ditawar kepada beliau, maka sebenarnya menjadi tanggungjawab beliau sendiri untuk membuat laporan di bawah Seksyen 25 Akta SPRM.
"Seksyen 25 (1) berkaitan kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan, jelas menyatakan mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran tersebut kepada pegawai suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
"Sepertimana di dalam peruntukan akta itu, iaitu di bawah Seksyen 7 (a), pegawai-pegawai suruhanjaya mempunyai fungsi menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan rasuah dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh ketua pesuruhjaya," katanya.
Jais mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa SPRM tidak perlu terlibat dengan pendedahan yang dibuat Wan Saiful bulan lalu membabitkan tawaran habuan.
Hamzah berkata pada Sabtu, semua Ahli Parlimen termaktub dalam Akta Kuasa dan Keistimewaan Ahli Parlimen 1952 yang menetapkan bahawa mereka mempunyai hak serta imuniti di Dewan Rakyat.
“SPRM kena faham, kita ada Akta 345, ikut Akta Ahli Parlimen. Jadi, SPRM tidak boleh masuk campur.
“Dia (Wan Saiful) nak kata seminggu atau dua minggu, dia nak buat laporan (kepada SPRM), itu (terpulang) bila-bila masa dan sampai masa, dia buatlah laporan,” katanya.
Terdahulu, pada 4 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilapor memberi tempoh seminggu kepada Wan Saiful untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya jika menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jais menjelaskan, keistimewaan semasa berbahas dalam sidang Dewan Rakyat dan imuniti Parlimen yang digariskan Perlembagaan Persekutuan "sebenarnya adalah berkaitan dengan imuniti terhadap prosiding di dalam mahkamah."
Katanya, Azam hanya memberi kenyataan meminta Wan Saiful membuat aduan atau laporan kepada SPRM sekiranya benar dia ditawarkan rasuah.
"Kenyataan ini tidak melibatkan apa-apa prosiding mahkamah, maka ia tidak termasuk dalam keistimewaan Ahli Parlimen mendapat perlindungan imuniti Parlimen," tambah Jais.
Katanya, MCW berharap ahli politik tidak memanipulasi fakta dan undang-undang untuk mengaburi mata rakyat seterusnya mewujudkan persepsi buruk terhadap fungsi dan peranan agensi penguat kuasa.
Faida Rahim
Tue Mar 12 2024
MCW berharap ahli politik tidak memanipulasi fakta dan undang-undang untuk mengaburi mata rakyat seterusnya mewujudkan persepsi buruk terhadap fungsi dan peranan agensi penguat kuasa.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.